Friday 18 March 2016

TUJUAN & ISTILAH URUTAN





Tujuan utama seseorang mendapatkan rawatan urutan adalah untuk:
1)    Membaiki sistem perjalanan darah yang tersumbat
2)   Menghilangkan kepenatan selepas bekerja seharian (santai)
3)   Untuk membuang angin di dalam badan,kerana angin kalau tidak dibuang akan membuatkan seseorang merasa badan sengal-sengal dan lenguh-lenguh disebabkan darah tidak berjalan dengan lancar.
4)   Membetulkan urat saraf yang tersimpul akibat terkehel, terpelecok, bengkak kaki kerana berdiri/berjalan lama
5)   Merawat urat saraf dan memulihkan tenaga kembali
URUTAN TRADISIONAL
Kebaikan Mengurut

Dari segi fizikal, urutan secara dasarnya meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.

       Keadaan ini memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar.


      Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan.


     Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.


      Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja.


TERAPI URUTAN MELEGAKAN TEKANAN
Terapi steres merupakan hal yang sangat penting untuk sesiapa saja yang berusaha mencapai gaya hidup sihat. Terapi urut telah terbukti menjadi salah satu kaedah yang dan berkesan untuk mencapai melegakan tekanan. Penyeledikan kajian menunjukan terapi urut sebenarnya meningkatkan sistem imun badan, terapi urutan yang di percayai membawa tahap tenaga yang meningkat dengan ketara dan peningkatan prestasi keseluruhan fizikal dan mental

Tekanan Dan Faedah Urutan
Merendahkan kadar jantung
Merendahkan tekanan darah yang tinggi
Melegakan otot
meningkatkan endorfin

Urut boleh meningkatkan peredaran darah dalam beberapa cara tanpa meletakkan tekanan keatas jantung. Ia juga membantu pengaliran darah melalui urat vena dan juga merangsang saraf yang mengawal salur darah. ia juga mempunyi manafaat di tambah, begitu juga otot yang tegang dan tisu-tisu penantaran yang ketat yang mungkin telah mengecutkan saluran darah dan dengan itu membolehkan darah mengalir dengan lebih bebas. Ia adalah untuk mengurangkan ketegangan emosi dan mendorong urat-urat supaya lebih rileks.

No comments:

Post a Comment