Tuesday 19 August 2014

Kebaikan Yang Tidak Disangka Dari Berbekam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta sahabat dan ahli keluarganya

 




Bekam bukan satu kaedah rawatan yang asing lagi baik dikalangan orang Islam, orang berbangsa Cina maupun orang Barat. Terdapat pelbagai jenis bekam seperti bekam darah, bekam angin, bekam urut dan bekam lintah dan pelbagai cara yang digunakan seperti tusukan dan torehan. Semua kaedah sememangnya memberi kesan kelegaan dan penyembuhan pada pelbagai penyakit.


Memang benar, berbekam mampu memperbaiki penglihatan dan fakta ini berdasarkan kepada hadith berikut:



Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi S.A.W. bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya." (HR. Tirmidzi, hasan gharib)




Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang yang dibekam dan juga sebagai  seorang tukang bekam. Saya mula berbekam pada tahun 2004 setelah sekian lama berlengah berbuat demikian. Itulah dia syaitan, suka benar menghasut supaya kita selalu procrastinate atau sengaja melengah-lengahkan buat perkara yang baik.


 Hanya setelah mendengar cerita benar seorang ustaz barulah saya mendapat desakan untuk mencubanya. Sebelum itu, saya cuma mengetahui bahawa berbekam ini sangat-sangat disarankan oleh Nabi SAW, dan kita digalakkan berbekam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kita. Expectation saya pula bekam ni hanya setakat membuang darah bertoksin  dan angin dalam badan. 

Saya terkejut apabila mendengar cerita ustaz berkenaan memberitahu bahawa syaitan-syaitan juga akan turut tersedut keluar. Tetapi hanya dengan torehan cara bekam sunnah.

Mereka cukup takut dengan orang yang berbekam sunnah kerana torehan ini. Dengan maklumat  yang amat penting dan significant ini, saya tidak lagi berlengah untuk pergi bekam




...."Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kesusahan dan keperitan."

Surah Sad Ayat 41


Jelas di sini bahawa bekam sunnah adalah satu kaedah untuk mencegah dan merawat penyakit, serta dapat "menyelesaikan" pelbagai masalah, kekurangan dan musibah dalam kehidupan kita kerana ketiadaan atau kurangnya gangguan-gangguan makhluk halus ini yang menjadi penghalang pada kehidupan yang selamat sejahtera.

Hubungi En.Azmi - 019-500 8869 / 013 599 7729

Saya sedia membantu anda untuk berbekam 

Terlalu banyak kebaikan berbekam dan hebatnya kaedah ini, ia mampu merawat manusia pada tahap spiritual, emotional, mental dan fizikal. Apa tidaknya, kebanyakan penyakit dan masalah pada kita disebabkan oleh syaitan yang berada dalam darah dan bertakhta di hati (qalbu, bukan liver) kita. Fakta ini berdasarkan pada kisah Nabi Ayyub a.s. dalam Surah Sad di mana dalam Ayat 41  Nabi Ayyub telah mengadu kepada Allah swt tentang "kepayahan dan seksaan"nya akibat dibelenggu syaitan.  
Dua point  bekam yang wajib dalam bekam sunnah. Berbekam di sini akan menarik
darah dan angin dari bahagian jantung (di mana terletaknya qalbu).
 Inilah di mana syaitan-syaitan berkumpul
untuk mengawal hati, mempengaruhi kelakuan dan menghalang kebaikan pada manusia. Wallahualam - Allah Knows best.

Perubahan fizikal yang dapat dirasa dan dilihat setelah berbekam
  • Sakit dan lenguh pada kaki kerana banyak berdiri hilang serta-merta
  • Badan terasa ringan dan bertenaga.
  • Kulit seluruh tubuh menjadi lebih licin dan cerah, ada tempat-tempat yang biasanya gelap dan kusam menjadi kemerahan, age spots kurang :-). 
  • Kulit menjadi tegang
  • Bayang-bayang di bawah mata banyak berkurang.
  • Gusi yang kadang-kadang berdarah semasa menggosok gigi sudah tiada.
  • Rambut dah tak banyak gugur, menjadi lebat semula seperti semasa muda-muda dulu.
  • Kuku dan gigi menjadi kuat. Sebelum itu gigi saya agak rapuh dan kuku saya selalu terkoyak kerana banyak buat rawatan mandian. Kini kuku saya kelihatan lebih tebal dan cepat tumbuh.
  • Tubuh menjadi lebih langsing (hanya ketara setelah lebih dari enam bulan berbekam).
  • Imun sistem meningkat, kurang demam dan sakit.
Perubahan-perubahan lain yang dialami:
  • Solat lebih khusyuk.
  • Lebih mudah buat keputusan yang betul, fikiran lebih tenang dan cergas
  • Rezeki lebih lancar, banyak peluang datang. Pokoknya jin dan syaitan yang kerjanya memporak-perandakan kehidupan kita adalah punca utama halangan pada rezeki kita.
  • Lebih mudah mengingat dan menghafal. Makhluk ini banyak duduk di bahagian otak dan bukan sahaja membuat kita lupa malah membuat kita berfikir perkara yang bukan-bukan dan yang negatif.
  • Kurang sangat kecelakaan seperti berlanggar, terjatuh dan sebagainya. Sudah beberapa kali hampir tersungkur tapi tak jatuh, subhanAllah.
  • Keharmonian keluarga semakin terasa, semakin erat apabila anak-anak turut berbekam.

 


RAWATAN URUTAN


Tujuan utama seseorang mendapatkan rawatan urutan adalah untuk:
1)    Membaiki sistem perjalanan darah yang tersumbat
2)   Menghilangkan kepenatan selepas bekerja seharian (santai)
3)   Untuk membuang angin di dalam badan,kerana angin kalau tidak dibuang akan membuatkan seseorang merasa badan sengal-sengal dan lenguh-lenguh disebabkan darah tidak berjalan dengan lancar.
4)   Membetulkan urat saraf yang tersimpul akibat terkehel, terpelecok, bengkak kaki kerana berdiri/berjalan lama
5)   Memulihkan tenaga kembali


Istilah Urut


Urut  bagi melancarkan perjalanan atau pengaliran darah dalam tubuh badan.  Terdapat tukang urut yang mewarisi urut dari keluarga atau keturunan, ada juga yang mempelajari secara khusus dan juga yang menggabungkan kedua-dua nya bagi menjadikan urutan lebih berkesan.


Aliran darah dalam tubuh umpama longkang.  Sekiranya air longkang mengalir baik maka tidak perlu disapu.  Tetapi apabila longkang mula tersumbat dengan longgokan lemak atau pasir atau sampah maka pertolongan bagi melepaskan loggokan itu diperlukan.  Begitu juga mengurut, urat atau pembuluh darah yang tidak lancar akan mengakibatkan tangan, kaki atau tubuh menjadi kebas dan lebih parah lagi susah untuk bergerak!  Apabila kesukaran pergerakan bermula maka berbagai masalah praktikal yang akan timbul. 



Minyak yang digunakan dalam sesi urutan: 

Minyak kelapa & Minyak Urat sahaja yang digunakan


Kelebihan Minyak Kelapa Mengikut Tradisi

1)    Melancarkan pergerakan urutan; sebagai bahan utama yang digunakan untuk melicinkan proses urutan ,di samping untuk mengelakkan rasa sakit akibat urut tradisional

2)   Bertindak sebagai pelembab

3)   Mengelak kulit kering dan menggelupas

4)   Melambatkan proses penuaan (keanjalan & kelembutan lebih ketara)
    5)   Merawat sakit kulit

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat urut tradisional untuk lelaki sahaja bagi kawasan sekitar shah alam,Saujana Utama, Puncak Alam, Ipoh , Sungai Siput dan Perak, sila hubungi 019-500 8869 / 013 599 7729 En.Azmi  untuk pertanyaan dan temujanji.

KHIDMAT BEKAM



Kami menyediakan khidmat terbaik untuk anda, di mana kami:

v     Menggunakan peralatan pakai buang seperti jarum,
     pisau, sarung tangan dan tisu.

v     Peralatan lain akan direndam di dalam larutan  
       membunuh mikro organisma selama 8 jam minima, 
       seterusnya dikering dan disteril dalam pensteril
      (Sterilizer).

v     Lantai & Katil rawatan akan dicuci dengan larutan
    Antiseptic setiap kali selepas rawatan secara berkala

v     Pengendali mempunyai kelulusan dan pengetahuan
     tentang rawatan dan juga keselamatan

       Langkah-langkah pencegahan jangkitan
       mesti mendapat keutamaan di pusat terapi seperti bekam.

Kita sentiasa berusaha sebaik mungkin dengan menambah peralatan dan prosedur untuk menghindarkan atau meminimakan risiko dari jangkitan. Insya Allah.
 

"Kesembuhan dari Allah swt. Kami berusaha sebaik
mungkin untuk anda. Insya Allah".

 Sila buat temujanji untuk kemudahan bersama.
Terima kasih. 

BEKAM UNTUK SAKIT KEPALA & MIGRAIN







Bekam darah adalah rawatan yang paling efektif, selamat dan paling berkesan untuk pesakit migrain yang kronik dan sakit-sakit kepala biasa. Lihat saja darah kotor yang terkumpul yang di keluarkan,itulah punca utama kepala anda selalu berasa sakit dan pening kerana terkumpulnya darah kotor tersebut.
 Jika tidak di buang berkemungkinan besar akan menjadi punca Stroke di mana darah telah membeku di dalam saraf otak kita. Dan bekam sunnah ini adalah di galakkan dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali.

Point ini juga boleh menyembuhkan 72 jenis penyakit berbahaya,juga mengurangkan pengaruh-pengaruh sihir yang membuatkan halusinasi pada pesakitnya. Insyaallah.
"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"

Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:

"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".