Tuesday 19 August 2014

RAWATAN URUTAN


Tujuan utama seseorang mendapatkan rawatan urutan adalah untuk:
1)    Membaiki sistem perjalanan darah yang tersumbat
2)   Menghilangkan kepenatan selepas bekerja seharian (santai)
3)   Untuk membuang angin di dalam badan,kerana angin kalau tidak dibuang akan membuatkan seseorang merasa badan sengal-sengal dan lenguh-lenguh disebabkan darah tidak berjalan dengan lancar.
4)   Membetulkan urat saraf yang tersimpul akibat terkehel, terpelecok, bengkak kaki kerana berdiri/berjalan lama
5)   Memulihkan tenaga kembali


Istilah Urut


Urut  bagi melancarkan perjalanan atau pengaliran darah dalam tubuh badan.  Terdapat tukang urut yang mewarisi urut dari keluarga atau keturunan, ada juga yang mempelajari secara khusus dan juga yang menggabungkan kedua-dua nya bagi menjadikan urutan lebih berkesan.


Aliran darah dalam tubuh umpama longkang.  Sekiranya air longkang mengalir baik maka tidak perlu disapu.  Tetapi apabila longkang mula tersumbat dengan longgokan lemak atau pasir atau sampah maka pertolongan bagi melepaskan loggokan itu diperlukan.  Begitu juga mengurut, urat atau pembuluh darah yang tidak lancar akan mengakibatkan tangan, kaki atau tubuh menjadi kebas dan lebih parah lagi susah untuk bergerak!  Apabila kesukaran pergerakan bermula maka berbagai masalah praktikal yang akan timbul. 



Minyak yang digunakan dalam sesi urutan: 

Minyak kelapa & Minyak Urat sahaja yang digunakan


Kelebihan Minyak Kelapa Mengikut Tradisi

1)    Melancarkan pergerakan urutan; sebagai bahan utama yang digunakan untuk melicinkan proses urutan ,di samping untuk mengelakkan rasa sakit akibat urut tradisional

2)   Bertindak sebagai pelembab

3)   Mengelak kulit kering dan menggelupas

4)   Melambatkan proses penuaan (keanjalan & kelembutan lebih ketara)
    5)   Merawat sakit kulit

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat urut tradisional untuk lelaki sahaja bagi kawasan sekitar shah alam,Saujana Utama, Puncak Alam, Ipoh , Sungai Siput dan Perak, sila hubungi 019-500 8869 / 013 599 7729 En.Azmi  untuk pertanyaan dan temujanji.

No comments:

Post a Comment